Sunday, May 16, 2010

Ayam Paprik

Minggu ni resepi tghr ngan hubby ialah:

  bukan gbr sebenar: grabbed from google image

AYAM PAPRIK

Bahan-bahannya:

Ayam dipotong kecil (anggaran sendiri sahaja)
2 biji tomato
1 batang carrot

100 gm bunga kobis
100 gm sawi
5 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar cili boh
5 sudu besar sos tiram


Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau.
Masukkan serai dan kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. (tambah air jika perlu/agak kering)
Masukkan ayam. Biarkan hingga masak.
Setelah ayam masak, masukkan carot, bunga kobis dan sawi.
Akhir sekali, masukkan daun limau purut untuk baunya.

Monday, April 12, 2010

Pucuk Ubi Goreng

Bahan-bahannya:

Pucuk ubi
Ikan bilis
11 - 13 biji cili padi (boleh ditambah jika suka pedas)
Seulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sedikit air asam
Garam secukup rasa

Cara:
 
Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga lumat. Sementara itu rebus pucuk ubi ditoskan air dan dipotong ikut suka.

Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga gareng.

Setelah itu masukan air asam biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan pucuk ubi tadi dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati, angkat dan hidangkan.

Sunday, April 4, 2010

Sotong Masak Kicap

Menu untuk tghr td telah dimasak oleh cik asben...
boleh tahan jgakla...wlpn cara masaknya agak simple tp sy mkn smp licin..slalunye, sy mkn xabis...

resepi ini mmg seswai bagi sesiapa yang nk mengejar masa....dlm erti kata lain, nk masak ala koboi...hiiikkkssss


bkan gmbar sebenar...

Bahan-bahannya:
20 ekor sotong segar (siap disiang/dibuang kepala)
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Kicap cair
Kicap pekat
Sos tiram

Cara Masak:
Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik baunya. Kemudian, masukkan sotong dan goreng sehingga masak.
Masukkan kicap pekat dan cair secukup rasa. 
Akhir sekali, tambahkan sos tiram. (sos tiram x perlu banyak, nnt masin pulak)

Monday, March 8, 2010

Pancake

Kali ni nk cuba buat pancake plak...pagi2 selalu sarapan ngan roti canai or ns lemak(tu pun kalo hubby balik weekend) kalo x, mst sarapan ngn hny star jer...huhu..
ni cari resepi kat tenet n paste kat blog ni sbg rujukan ms akn dtg...
thanks to-> AlongRaz@myresepi.com

115g Tepung Gandum
1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
25g Butter
1 biji Telur
150ml Susu Segar
1 sudu besar Gula
Secubit Garam
Cara-caranya:
  1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)

  2. Dsc02688
    Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...

  3. Dsc02689
    Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.

  4. Dsc02692
    Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.

  5. Dsc02693
    Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.

  6. Dsc02699
    Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.

Friday, March 5, 2010

Masak Bendi Kurang Lendir

 
Gambar Hiasan
Petua daripada My mother-in-law:

My hubby sgt suka mkn sayur bendi....
Selalu saya masak bendi, goreng cm biasa aje ataupun goreng ngan telur...
masa balik kampung in-law, mak mertua kasi petua:
Untuk mengelakkan bendi yang dimasak terlalu berair....
masukkan 1-2 keping asam ke dalam masakan sayur bendi...
InsyAllah, bendi yang dimasakkan kurang lendirnya......
so, saya cuba petua ni...n hasilnya lendir bendi yang dimasak tu berkurangan...
bila mkn, xdela rs berair sgt....

Burger Daging Lada Hitam

Terasa nk mkn burger....
Teringat kat my fwen ms pedog....saat sesama mkn burger lada hitam...awwww...very yummmyy!

so, cari kat tenet resepi nk wat burger ni....

   
Gambar sekadar hiasan

1 bungkus daging burger lembu-dipotong empat
1 camca besar lada hitam -ditumbuk kasar
1 camca kecil tepung jagung
1 tin kecil kacang peas
1 biji bawang besar-dipotong 4
1 batang lobak merah- dipotong memanjang
2 biji cili merah- dipotong serong
garam secukup rasa
sedikit air
sedikit minyak- utk menumis 


Cara:
  1. goreng daging burger terlebih dahulu (goreng dgn minyak yg sedikit shj)
  2. angkat dan ketepikan
  3. lada hitam dan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  4. panaskan sedikit minyak
  5. masukkan bancuhan lada hitam
  6. jika agak pekat, masukkan sedikit air
  7. masukkan garam secukup rasa (jika suka manis tambah gula)
  8. masukkan lobak merah, kacang peas,bawang besar dan cili merah
  9. kacau seminit
  10. masukkan daging burger tadi. kacau hingga bancuhan lada hitam tadi bersalut dgn daging.
  11. angkat dan hidang kan mengikut citarasa 

Ayam Goreng Kuah

Ptg td lepas abis keje trus p Jasin...
ada brg dapur yg sdah kehabisan stok...
tgh pk2 nk msk ape mlm ni....so, cr resepi pasal Ayam...

 
Gambar contoh sajer!


1/2 ekor ayam
1 inci kunyit (dikisar)
2 batang serai (ditumbuk)
10 biji cili padi (dikisar)
3-4 ulas bawang putih (dikisar)
4 helai daun limau purut (dicarik2)
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit garam, gula dan perisa

Cara:
  1. Potong ayam kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam + kunyit.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing. Masukkan serai.
  4. Masukkan ayam, daun limau purut, bawang besar dan serta sedikit air.
  5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya 
Mudah sajer kan!

Saturday, February 27, 2010

Ayam masak Lada hitam

gambar sekadar hiasan

Ayam ( kerat kecil-kecil )
Minyak ( untuk menggoreng ayam )
Lada hitam ( tumbuk / kisar ) kuantiti mengikut citarasa

Bawang Merah ( 5 ulas /kisar )
Bawang Putih ( 2 ulas /kisar )
Kunyit Halus
Bawang besar ( 1 biji / hiris bulat )
Daun Bawang ( racik )
Garam

Cara:
1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam dan goreng , kemudian biarkan ia seketika.
2.Kemudian panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang telah dikisar tadi,tumiskan sehingga ia benar-benar garing dan masak.
3.Masukkan garam sesedap rasa.
4.Masukkan ayamg yang telah digoreng tadi.

5.Gaul sebati dan taburkan hirisan bawang besar tadi serta daun bawang dan ia sudah sedia untuk dihidangkan.

Thursday, February 25, 2010

Rendang Daging


Resepi untuk Rendang Daging segera

Baru-baru ni try nk buat rendang daging, tp sy mmg xde pngalaman lsg nk buat bnd ni...
ujung minggu ms duk umah along aritu, ktorg terpk nk wat bnd ni pakai perencah instant...lgpn daging lmbu korban aritu mmg byk tul kat dlm peti....

so, ktorg mencuba perencah Mak Nyonya...

Step:

1. Perencah Mak Nyonya digoreng sekali dengan daging...sehingga naik bau kemudiannya,
2. Tambah santan secukupnya
3. Setelah santan kering, tambahkan kerisik/kelapa parut yg telah digoreng terlebih dahulu....(modified sketla...bagi lagi sedap n aromanya nek....)

Bahan2 yang ditambah:
  • daun kunyit
  • serai
  • daun limau purut
Related Posts with Thumbnails