AYAM PAPRIK
Bahan-bahannya:
Ayam dipotong kecil (anggaran sendiri sahaja)
2 biji tomato
1 batang carrot
100 gm bunga kobis
100 gm sawi
5 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar cili boh
5 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau.
Masukkan serai dan kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. (tambah air jika perlu/agak kering)
Masukkan ayam. Biarkan hingga masak.
Setelah ayam masak, masukkan carot, bunga kobis dan sawi.
Akhir sekali, masukkan daun limau purut untuk baunya.
No comments:
Post a Comment